PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK KG SELAMAT KUNAK
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS
Program ini diwujudkan di sekolah ini pada 16 Mei 2000. Tenaga pengajar pada ketik itu terdiri daripada 2 orang guru dengan billangan murid seramai 3 orang sahaja
Pada tahun 2009, jumlah bilangan murid telah meningkat seramai 57 orang. Pertambahan ini adalah hasil dari pengesahan murid Berkeperluan Khas melalui Program Road Show Pendidikan Khas 2009. Tenaga pengajar juga bertambah menjadi 9 orang ( 5 lelaki dan 4 perempuan). Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pula adalah seramai 2 orang.
Pada tahun 2010, bilangan hanya tinggal seramai 47 orang sahaja berikutan peluasan pembukaan program baru di SK Mostyn Kunak. Pada tahun 2011, bilangan murid masih lagi seramai 47 orang dan seramai 49 orang pada tahun 2012
Jumlah murid ini kekal sehingga tahun 2015 kerana perpindahan murid ke sekolah menengah
Pada tahun 2016, bilangan murid bertambah ke 55 orang. Namun begitu, bilangan ini berkurangan kerana 6 orang murid yang telah mengambil peperiksaan PASR (Penilaian Alternatif Sekolah Rendah) akan berhijrah ke sekolah menengah di SMK Madai, Kunak. Kini, bilangan murid selepas sesi pendaftaran sesi persekolahan 2017 adalah seramai 49 orang murid.
No comments:
Post a Comment